Sejarah Penubuhan PSS

Pusat Sumber Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar telah bermula sebagai Khutub Khanah pada tahun 1975. Pada mulanya Bilik Ketua Bidang kini telah digunakan sebagai tempat letaknya koleksi pilihan Khutub Khanah dan di bilik ini juga sebuah perpustakaan mini telah diwujudkan bagi memudahkan para pelajar, guru serta warga SMSTJ untuk menelaah atau membaca pada waktu senggang mereka.

Menyedari akan kepentingan Khutub Khanah, pihak sekolah telah mengambil bangunan kejuruteraan SMSTJ untuk dijadikan bangunan PSS pada tahun 2000. Selepas itu PSS mempunyai bangunan yang tersendiri yang terletak dalam satu blok bangunan yang membariskan beberapa bilik utama seperti Makmal Bahasa, Self Acsess Learning Center dan Bilik Bantu Mengajar. Manakala Bilik Kuliah, Pusat Akses, Makmal Komputer dan Bilik Multimedia terletak di bangunan yang lain.

Malahan pada Mei 2006, PSS telah membuka lembaran sejarah baru dengan nama baru iaitu ‘Gapura Ilmu’ yang membawa maksud institusi yang memperkembang dan memperjuangkan ilmu.